Saturday, September 3, 2011

Doa Buatmu Suamiku...



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa KU yg telah KU perbuat
Kau limpahkanlah AKU dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah 
AKU kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah 
AKU dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidah 
KU dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangat 
KU menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah AKU sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya DIA ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah AKU kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya 
DIA adalah suami yg akan membimbing tangan KU dititianMu
Kurniakanlah AKU sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya 
DIA adalah bidadara untuk KU di Jannah Mu
Limpahkanlah AKU dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya 
DIA adalah yang terbaik untuk KU di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kata KU dari menyakiti perasaannya
Sekiranya 
DIA jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah AKU kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya 
DIA ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan AKU jalan yg terbaik untuk AKU harungi segala dugaanMu
Sekiranya 
DIA tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah AKU kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya 
DIA tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah AKU kekuatanMu untuk AKU memperbetulkan keadaanya
Sekiranya 
DIA menyintai kesesatan
Kau pandulah AKU untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untuk KU
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuran KU
Sekiranya AKU tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah AKU ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya AKU lalai dalam tanggungjawab KU sebagai isteri
Kau hukumlah AKU didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya AKU engkar dan derhaka
Berikanlah AKU petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
AKU lemah tanpa petunjukMuAKU buta tanpa bimbinganMuAKU cacat tanpa hidayahMuAKU hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangat 
KU
Tabahkan AKU menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah 
AKU isteri yang disenangi DIA
Bukakanlah hati 
KU untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah AKU menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah 
AKU pohon segala harapan


Kerana AKU pasrah dengan dugaanMu
Kerana 
AKU sedar hinanya aku
Kerana 
AKU insan lemah yg kerap keliru
Kerana 
AKU leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran 
AKU menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal 
KU mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhan 
KU...
AKU hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..



p/s: biler aku bacer doa ni sgt2 menyentuh hati... menitik air mata aku.... Ya Rabb sememang nyer Kau yg lebey Mengetahui aper sj yg bakal berlaku... berilah aku petunjuk MU ya Allah....=(




2 comments:

Myra Jay said...

Doa yang sangat cantik..

Moga jodoh kita dengan suami tersayang kekal bahagia selamanya di bawah keredhaan Allah SWT :)

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

Tautan Kasih Cinta Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

My First Hero

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hero kedua !

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Bunga Penyeri Kehidupan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers