Sunday, February 13, 2011

Inilah bukti kenapa syurga d bawah telapak kaki ibu.....=((

td aku BW n terjumper kisah pasal nie...
subhanaALLAH... 
kalo korang bacer pun korang akan sayu hati..
cerita asal dari Mama Eisya
:::
:::
:::
:::
:::
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...


:::
:::
:::
:::
:::
ya Allah betapa kuat nyer naluri ibu yg nak damai kan anak...
mungkin kah mengerti plak si anak yg dier telah kehilangan ibu??

Ya Allah, kau tempatkan la arwah d kalangan org2 yg beriman...
ampunkan la dosa hambamu ini...
kasihanilah anak nya..

aku bukan sapa2..
aku tak mengenali saper tuan punyer badan...
tp sebagai sedara sesama ISLAM, aku mohon Ya Allah, Kau ringan kan la seksa kubur bg nya...
tabah kan la si anak... kuat kan la semangat si anak..=((
sob sob sob........


 

9 comments:

noraim said...

ALLAH! besarnya pengorbanan ibu. neh cerita benar ke kak?

muCux said...

sedeyyy nye. .
mak~ i lOve u

suzzsuzie said...

pengorbanan ibu hingga ke akhir hayat...sedihnya...kalaulah baby tu tahu apa yg telah dilakukan arwah ibunya.........

cik puan akish said...

emmmm..

=(

speechless...

Adyshariz said...

sedey nya kisah ni..insaf bila baca

mamalieyna said...

berkenang air mata..rasa nak menangis..teguh & kuatnya kasih seorang Ibu tehadap anak, itulah sbbnya syurga dibwh telapak kaki ibu kan..

Zakiyah Zainon said...

alhamdulillah..kita dah dapat pangkat ibu..moga kita pun ada sikap mcam ibu dalam cerita tu...

eynaa said...

sedih la citer ni..
saya ada linkkan entri ni kt blog saya
http://ritsfiy-mamacollections.blogspot.com/2011/02/ibukuoh-ayahku.html

nak mintak izin letak blog ni kat senarai blog saya

Dzanie said...

sedihnya....

Tautan Kasih Cinta Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

My First Hero

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hero kedua !

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Bunga Penyeri Kehidupan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers